Alam Sekitar · Kampung Sengkang Batu 20, 22, Melepang Gantian, Kampung Hang Tuah, Melepang, Termil dan Kurnia Jaya, Bukit Gambir, Tangkak, Johor
Hentikan Pencemaran Bau Najis Ternakan dari Operasi Reban Ayam Penelur di Sengkang
Dimulakan oleh Jawatankuasa Badan Tindakan dan Kebajikan Sengkang
Penduduk Sengkang, Bukit Gambir dan kampung-kampung rangkaian berhampiran (melibatkan 10 buah kampung) telah lama berdepan dengan gangguan bau najis ternakan yang serius, berpunca daripada beberapa operasi ternakan ayam (reban/ladang ayam) yang beroperasi di sekitar kawasan Sengkang, Bukit Gambir, Tangkak, Johor.
Bau busuk yang kuat dialami terutama pada waktu pagi, petang dan malam - bergantung kepada arah tiupan angin. Keadaan ini menimbulkan ketidakselesaan yang berpanjangan kepada masyarakat setempat, termasuk warga emas, kanak-kanak dan individu yang mempunyai masalah kesihatan.
Selain gangguan bau, penduduk turut bimbang terhadap kesan pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan awam dalam jangka masa panjang. Keadaan ini bukan sahaja mengurangkan kualiti hidup, malah memberi kesan negatif terhadap imej kawasan kediaman, institusi pendidikan, rumah ibadah serta aktiviti ekonomi masyarakat setempat.
Kami menyeru SEMUA pihak pengusaha ternakan ayam yang beroperasi di kawasan ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan bertanggungjawab terhadap kesan operasi mereka kepada komuniti. Kami menuntut pihak berkuasa untuk:
• Menjalankan siasatan menyeluruh oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Veterinar, pihak berkuasa tempatan dan agensi teknikal berkaitan;
• Menilai tahap pencemaran udara dan gangguan bau yang dialami penduduk;
• Memastikan pihak pengusaha mengambil langkah mitigasi yang berkesan;
• Mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pelanggaran syarat lesen, syarat operasi atau peraturan alam sekitar;
• Mengadakan sesi libat urus bersama penduduk.
Petisyen ini digerakkan oleh Jawatankuasa Badan Tindakan dan Kebajikan Sengkang - sebuah badan bebas yang ditubuhkan khas untuk memperjuangkan nasib penduduk yang terkesan, dan tidak mewakili mana-mana ketua kampung. Setiap tandatangan yang disahkan akan diserahkan secara rasmi sebagai bukti sokongan komuniti.
Undian Komuniti
Pada pendapat anda, apa penyelesaian terbaik untuk isu bau najis ternakan ini?
“Bau yang busuk dan kehadiran lalat menyebabkan.Perlu nya pemantauan yang ketat dan audit dr komuniti tempatan.”
J
JackDisahkan
“bagi saya kan, bukk tapi kawal pencemaran bau, boleh je atasi semua ni, sekarang dah zMan teknologi canggih,cuba la cari jalan penyelesaian nya,”
H
Hafis YusofDisahkan
“Jika tutup operasi, mungkin bekalan ayam akan terjejas dan harga akan meningkat. Teruskan operasi, tingkatkan aktiviti penguatkuasaan, ikut SOP, upgred kaedah rawatan pencemaran.”